Ikan Aneh Ditemui Di Atlantik? | Makhluk aneh dari lautan telah terdampar di pantai Folly di South Carolina. Sebagian besar orang yang melihat makhluk yang berbentuk pelik ini merasakan ia adalah spesies baru.
Biarpun ramai yang gerun dan takut melihat makhluk aneh yang ditemui, tapi dikalangan ilmiah menyarankan supaya tidak takut pada haiwan pelik ini kerana ia tidak merbahaya
Seorang doktor haiwan dari akuarium South Carolina mengidentifikasikan makhluk ini sebagai sturgeon, iaitu ikan yang termasuk dalam kalangan ikan bertulang tertua yang masih hidup.
Hidupan haiwan ini biasanya ada di sungai, tasik, dan pantai subtropis, dengan iklim sederhana. Kebanyakannya ditemui di Eurasia dan Amerika Utara. Ukuran sturgeon biasanya sangat besar sekitar antara dua hingga tiga setengah meter panjang.
Sturgeon yang terdampar di South Carolina inidikatakan berasal dari Samudra Atlantik yang boleh berukuran hingga 4,5 meter dengan berat 400 kilogram.
sumber
0 Puteri amani :
Post a Comment