Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Mengerikan Hasil Pengklonan Manusia Yang Gagal

Thursday, August 1, 2013 ·

Pada 26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh berita kelahiran bayi berjenis kelamin perempuan hasil pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas.

Bigitte Boisselier, Presiden Clonaid yang kontroversial


Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan sihat," demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.

Walau kabar tersebut banyak diragukan, namun Boisselier tetap bergerak dan berkeras bahawa hal tersebut akan menjadi tunggak baru dalam sejarah umat manusia. Dan peristiwa ini, benar-benar telah membawa banyak syarikat sejenis untuk cuba melakukan hal serupa.

Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusia, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan.

Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal:





Bayi-bayi cacat hasil kloning yang gagal

Gambar-gambar diatas bocor oleh anasir salah satu syarikat yang tidak disebutkan dan beredar luas di kalangan para netizen di seluruh dunia, walau gaungnya tidak seheboh saat pertama kali kambing Dolly diterbitkan. Namun gambar-gambar ini menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis perubatan dan biologi molekul.

Yang patut diingat adalah pengkloningan manusia ini sebenarnya diharamkan oleh semua agama, sebab melanggar fitrah. Hanya Tuhan saja yang mempunyai kuasa untuk mencipta. Manusia sekalipun tidak akan dapat mendekati kesempurnaan Tuhan. Dan akibat dari hal tersebut adalah seperti yang boleh kita lihat dalam gambar diatas.

Semoga ini menjadi pelajaran buat kita semua agar selalu ingat bahawa Allah Maha Besar Kuasa-NYA.




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit