Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Kedai Maksiat Popular Budak Sekolah

Sunday, September 29, 2013 ·

Kedai Maksiat Budak Sekolah  | Kuala Lumpur - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.


Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.

Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.

Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

Premis itu bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan dewasa malah lebih mendukacitakan, pelajar-pelajar sekolah turut menjadi pelanggan mereka.

Kosmo! yang membuat tinjauan di sebahagian premis terbabit mendapati, di hadapan semua premis itu terdapat papan tanda yang mensyaratkan hanya individu berumur 18 tahun ke atas dibenarkan masuk ke kedai itu.

Bagaimanapun pemantauan selama empat hari berturut-turut di tiga daripada premis itu mendapati, ramai remaja bawah 18 tahun termasuk pelajar sekolah yang berpakaian seragam bebas keluar masuk tanpa sekatan.

Wartawan Kosmo! yang menyamar dengan berpakaian sekolah menengah berjaya memasuki premis berkenaan dan berada di dalamnya agak lama tetapi ditegah untuk membeli.


"Awak boleh beli barang ini tetapi sekarang awak pakai baju sekolah, kalau awak datang esok pakai baju biasa, saya kasi awak beli," kata pekerja di situ.

Lebih menjengkelkan apabila remaja Melayu yang bertudung dan berbaju kurung ditemani pasangan masing-masing serta pelancong dari negara Timur Tengah tanpa segan silu masuk dan membeli beberapa peralatan seks di kedai terbabit.

Antara golongan lain yang dilihat menjadi pelanggan kedai tersebut ialah golongan remaja Melayu Blackmetal, Skinhead dan pelesit rempit yang terkenal dengan budaya seks bebas.

Seorang remaja skinhead yang ditemui mengakui hal itu dan memberitahu, ada di antara mereka sudah menjadi pelanggan tetap dan sering 'memesan' barang yang dihajati.

Antara yang menjadi kegemaran pembeli ialah kondom, pil viagra serta alat permainan seks untuk wanita dan lelaki dengan kebanyakan ubatan atau aksesori seks itu diimport dari China, Thailand dan Hong Kong.

Selain sarat dengan pelbagai ubatan, anak patung seks berbentuk tubuh wanita, gel, pakaian dalam malah rantai kunci yang memaparkan objek organ seks tiruan turut dijual dengan harga antara RM12 dan RM300.

Kuala Lumpur - Percaya atau tidak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja tidak memiliki kuasa untuk menutup premis menjual gajet seks dan ubatan berkaitan malah ia turut dikecualikan daripada dikenakan lesen sejak penghujung tahun lalu.

Ini kerana di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan 1986, kondom beraneka bentuk dan rasa, pelincir, alat merangsang seks, pakaian dalam dan sebagainya dianggap sama seperti cenderamata biasa misalnya cawan, tali leher, pen dan jam tangan.



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit