Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Pub Halal Pertama Didunia

Thursday, October 31, 2013 ·


LONDON - Sebuah pun halal pertama di Britain dibuka pada Disember lalu di Oldham yang menawarkan meja snuker dan muzik, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pub yang diusahakan oleh Azizur Rahman dan rakan perniagaannya, Muzahid Khan dikenali dengan nama Halal Inn tidak menjual minuman keras. Pengunjung pub itu boleh bermain snuker, dart dan karam iaitu sejenis permainan mirip biliard.

Kuiz bertemakan Islam juga diatur pada waktu malam untuk pengunjung. "Penganut Islam merupakan pengguna utama dan mereka memerlukan sebuah tempat untuk bersantai dan bersosial sama seperti orang lain," kata Muzahid.


"Bagaimanapun, terdapatnya minuman keras bermakna pub tidak sesuai untuk mereka yang mengikut ajaran Islam menyebabkan ia merupakan tempat terbaik untuk mereka," tambahnya. "Kini lebih banyak pub yang ditutup di seluruh negara dan kami percaya menukarnya menjadi pub Islam mungkin boleh menjadi satu kejayaan di mana-mana di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam," jelasnya.

Walaupun pub Islam, seperti tradisi British, ia merupakan suasana yang dikuasai oleh pelanggan lelaki walaupun tidak ada larangan terhadap pengguna wanita. Muzahid bersetuju bahawa siaran langsung perlawanan bola sepak dan kriket akan menarik lebih ramai pelanggan.

"Ia merupakan satu konsep baru tetapi akan melibatkan satu tempoh untuk orang ramai membiasakan diri untuk menggunakannya walaupun terletak di kawasan komuniti Islam," katanya.




0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit