Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Penggunaan Domain Dot my kurang sambutan

Wednesday, October 21, 2009 ·


Kebanyakan kita tidak mementingkan alamat laman web seperti www.pilihan.com,www.pilihan.my atau pilihan lain.Mungkin ramai pengguna lebih suka menggunakan platform blogspot,wordpress dan macam macam lagi perkhidmatan lain kerana tidak dapat dinafikan lagi ianya menawarkan perkhidmatan percuma.

Bagaimanapun,alangkah baiknya kalau kita memiliki Dot my pada hujung alamat laman web memandangkan ia gambaran sebenar menunjukan dari mana asalnya laman web itu.Ia berdasarkan kemampuan kita mamabayar alamat Domain dengan anggaran antara RM50 hingga RN120 setahun.Bagi individu,ia mungkin sukar,namun perkara yang sama tidak sepatutnya dikeluhkan syarikat yang bertapak dan beroperasi di malaysia.

Alamat domain boleh dianggap sebagi alamat rumah kita yang menunjukan beberapa perkatan Dot my di hujungnya.Kalau dulu alamat mempunyai tiga perkatan seperti www.pilihan.com.my namun ia mengalami perubahan pada tahun 2008 selepas dot com membenarkan perkataan Dot my sahaja digunakan tanpa perlu meletakkan Dot com didepannya.Tanpa dinafikan lagi pengguna internet dimana sahaja walaupun duduknya dikampung atau sesiapa sahaja boleh menggunakan alamat sendiri seperti www.minahkampung.my kini boleh mendaftar dan mendapatkanya selepas .my DOMAIN REGISTRY membuka tawaran itu kepada umum.

Tahun lalu pembekal pendaftaran alamat internet terkemuka Asia Pasifik,Dot my DOMAIN REGISTRY yang sebelumnya dikenali sebagai MYNIC Berhad menawarkan alamat dua peringkat Domain (2DL) kepada rakyat di negara ini berbanding 3DL sebelum (contoh www.alamat.com.my)bermula 23 mac 2008.Jika kita melihat perkataan Dot my itu sendiri melambangkan singkatan untuk Malaysia malah ia juga mudah untuk diingat.Tetapi sambutan alamat Dot my kurang di gunakan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Mengikut perangkaan sehingga hujung 2008,pendaftaran alamat Domain mencecah 80,786 yang menerawang di dunia siber ( Sumber dari .my DOMAIN REGISTRY),namun begitu lebih 50% syarikat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia tidak menggunakan Dot my malah lebih kepada penggunaan dot com.Malaysia berjaya menyertai negara lain di Asia yang turut mempunyai nama Domain peringkat kedua ini.Kejayaan ini meletakkan negara setara dengan kemajuan teknologi dirantau ini tetapi tidak ramai yang memandang kepentingan penggunaan Dot my.

Sebagai rakyat malaysia kita sepatutnya berbangga menggunakan Dot my kerana ia melambangkan identiti kenegaraan serta menunjukan asal tumpah darah kita.Apatah lagi syarikat yang berjual beli dalam dan luar negara membabitkan urusniaga menggunakan laman web.Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita perlu turut sama dengan negara negara lain di Asia seperti Jepun,Singapura,Hong Kong yang mementingkan nama Domain Negara masing masing dalam melonjakkan identitit tersendiri.

Semoga satu hari nanti pengguna internet dan Syarikat di Malaysia sedar akan perkara ini dan berbangga menggunakan identiti malaysia dalam alamat laman web mereka.Selagi ianya tidak berlaku maka tidak juga tercapai konsep 1 malaysia pada dasarnya.



3 Puteri amani :

Ken Wooi said...
October 25, 2009 at 5:08 PM  

a dot com is just USD10/year..
about RM38/year.. =)

kenwooi.com

Mis_One said...
October 25, 2009 at 11:22 PM  
This comment has been removed by the author.
Kulanz Salleh said...
October 25, 2009 at 11:27 PM  

Sekarang ni sya bayar 2 hosting dan domain...yg satu harga RM175 setahun (1 hosing, 2 domain), satu lagi dalam RM110 utk 1 hosting + domain.. Next year nak tukar ke domain dot my pula..

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit