Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

TANDA-TANDA JANGKITAN VIRUS

Sunday, October 25, 2009 ·



Hai semua..pe kabo..sihat tak?..(sihat..jawab aku sendiri..hahaha) isshh macam lama dah aku tak tengok blog aku nie..Bila tak tengok maka kawan kawan aku pun sama tak tengok..ishh2 nak wat cam ne gamaknya..kerja berlambak nak disiap kan..huhuhu...Jadi dengan kesempatan yang ada nie walaupun macam tak berapa nak sempat nie aku cuma nak mengisi blog aku nie mengenai 'TANDA TANDA JANGKITAN VIRUS'.Aku rasa tak perlu lah aku terangkan apa tu virus(sebab aku memang ANTI GILA dengan mahluk tu)kerana kau orang lagi arif tentangnya.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?


Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
Jadi apa yang ingin aku kongsikan pada kau orang semua,sekiranya komputer atau lappy kau org menghadapi masalah berikut,maka cepat cepatlah mengambil langkah yang perlu dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati.Semoga post aku kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk semua.



0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit