Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

RAHSIA KEGAGALAN NEWBIE ( ADSENSE)

Monday, October 26, 2009 ·


Post kali ini aku nak berkongsi dengan anda kisah pengalaman saudara zamlan yang gagal dan kecundang di tengah jalan bersama adsensenya.Niat dihati ingin menawan puncak gunung yang tinggi tetapi apabila sudah dekat dengan puncak,gunung yang tinggi telah menjadi seakan mimpi ngeri kerana dek gempa bumi.Jom kita layan kisah beliau dan semoga ada sedikit manfaat untuk semua( aku cuma kongsikan sinopsis je,nak tau lebih lanjut lagi kau org download la)

Saya melabur sedikit wang bagi membuka satu lagi akaun pengiklanan berbayar PPC. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk meningkatkan lagi pendapatan Adsense saya. Pada waktu ini, saya tidak lagi menyentuh blog-blog Adsense saya walaupun ia masih memberi sedikit sumbangan kepada akaun adsense saya. Sehingga Ogos, blog-blog ini telah memberikan saya sekitar 90 dolar.

Detik-detik akhir berakhirnya riwayat akaun Adsense, 14 Ogos, 3 petang : Akaun untuk 13 Ogos ditutup. Rekod baru untuk pendapatan tertinggi telah dicatatkan. Saya memperolehi 45.60 dolar untuk hari tersebut. 14 Ogos, 3.30 petang : Sepucuk email dari Google masuk ke akaun saya. Inilah isi kandungan email tersebut ;

Hello, While going through our records recently, we found that your AdSense account has posed a significant risk to our AdWords advertisers. Since keeping your account in our publisher network may financially damage our advertisers in the future, we've decided to disable your account. Please understand that we consider this a necessary step to protect the interests of both our advertisers and our other AdSense publishers. We realize the inconvenience this may cause you, and we thank you in advance for your understanding and cooperation. If you have any questions about your account or the actions we've taken, please do not reply to this email. You can find more information by visiting https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=57153. Sincerely, The Google AdSense Team

Ya, email ringkas ini m
embawa berita khabar malang buat saya, akaun saya telah di BATAL kan oleh pihak Google Adsense. Saya hanya mampu tersandar selepas membaca email ini. Harapan menggunung saya kini lebur dengan perkhabaran ini. Dalam tempoh masa setengah jam, mood gembira saya bertukar kepada sedih yang amat sangat.

Apabila wang menjadi paksi kepada perasaan tamak, maka di situlah hasil haram diberikan kepada diri sendiri dan keluarga,

Hasil dari proses muhasabah diri, barulah saya sedar banyak kesilapan yang telah berlaku sepanjang saya menyertai program Google Adsense. Ada kesilapan yang saya tidak sedari dan ada juga yang saya sedar, tapi SILAPnya, saya endahkan sahaja.

BAHAGIAN 7 – PANTANG LARANG DI DALAM ADSENSE

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, memahami dan mempraktiskan terma yang disyaratkan (TOS) oleh pihak Google Adsense adalah sangat-sangat penting… ”
Penulis: Zamlan bin Shamsuddin

Itulah serba sedikit tentang luahan hati saudara zamlan mengenai pengalamannya gagal dalam mencari pendapatan dengan program google adsense.Bagi aku siapa yang tidak membaca e-book ini lagi boleh lah dapatkan sekarang ( ianya 100% percuma )dan teramatlah rugi jika tidak membacanya.Tujuan aku bukannya nak cari duit dari program ppl yang ditawarkan tapi lebih kepada perkongsian untuk mereka mereka yang berkecimpung didalam program adsense ini.Kesimpulan yang aku dapat daripada e-book ini 'Dalam mengejar kejayaan itu kita perlulah berlandaskan paksi dan nilai usaha yang sebenarnya,bukan ukuran faktor keuntungan semata2 dan akhirnya perasaan TAMAK memakan diri'


P/s : Dah baca tolong lah komen dan kongsilah pada kawan kawan yang lain.sekiranya anda telah gagal melalui program adsense,tak perlu risau sebab didalam dunia internet masih banyak lagi sumber pendapatan yang anda boleh sertai.



1 Puteri amani :

F I T said...
October 28, 2009 at 7:57 PM  

adsense tak terima web @ blog bahasa melayu..lagi satu kalu kita sndiri klik memang diorang leh tau n terus cancel..leceh tul..trus kena banned..dah terkena 2 3 taun lpas..malas dh

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit