Anda mungkin memikirkan hidup anda penuh dengan masalah.Andaian mungkin benar.Tetapi jangan terperanjat,sebenarnya mempunyai masalah bukanlah sesuatu masalah.Jangan gusar!!! Tidak ada yang tidak kena dengan diri anda,dan sememangnya tidak ada salahnya mempunyai masalah.Masalah hanya sekadar perbezaan antara di mana anda berada dan di mana pula anda ingin berada.Itu saja!
Biasanya masalah timbul bila anda tidak dapat apa yang anda mahu atau mungkin berada di tempat yang tidak sepatutnya anda berada.Ketika itu anda akan berasa tidak selesa.Itu juga masalah bukan?.Tetapi apa salahnya kita cuba menyesuaikan diri dengannya...Selesai satu masalah.Bagaimanapun masalah yang lain pula sedang menanti.Apa yang pasti masalah tidak akan berakhir bagi insan yang masih hidup.Itulah perjalanan yang harus di tempuhi samada kita suka atau pun tidak.
Ia akan mengisi ruang antara titik permulaan dengan destinasi atau matlamat terakhir anda.Jangan Terkejut!! Anda akan rasa terus bermasalah kerana sekali anda selesaikannya,satu lagi masalah akan mengisi ruang yang kosong itu.Tetapi ini bukannya mengenai baik atau buruk sesuatu masalah itu.Ianya berlaku begitu sahaja.
Cuba tanya diri anda sendiri siapa yang tidak mempunyai masalah? jawapannya mudah,Tidak ada!! Sama ada anda pemimpin atau rakyat,perempuan atau lelaki,tua atau muda,miskin atau kaya,semuanya mempunyai masalah.Cuma masalahnya berbeza.Pemimpin memikirkan untuk memajukan negara.Rakyat pula dengan kehidupan seharian.Si miskin dengan masalah kewangan sementara yang kaya tidak lena tidur kerana memikirkan hartanya.Semua ini di anggap masalah bukan?
Tetapi bagaimana pula jika tiada masalah? Sebenarnya cuma orang yang sudah mati yang tidak mempunyai masalah di dunia nie.Kita yang masih hidup perlu terus bersabar dan perlu terus bersyukur kerana mempunyai masalah.Kerana kita akan mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang ada dan kita akan berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna.Memang kadangkala dunia kelihatan gila kerana di penuhi dengan bermacam macam masalah.Tetapi tanpa masalah,Kehidupan tentulah tidak menyeronokan!!!!
p/s : Gunakan lah akal yang bijaksana untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada,jangan jadikan otak sebagai perhiasan di dalam kepala.
0 Puteri amani :
Post a Comment