Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Wanita Islam Di Larang Siar Gambar Dalam FACEBOOK

Thursday, August 15, 2013 ·


NEW DELHI - Seorang mufti di India mengisytiharkan bahawa perbuatan memaparkan gambar di  Facebook dan media-media sosial yang lain adalah 'melanggar hukum Islam'.Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli berkata, umat Islam khususnya wanita Islam harus mengelakkan daripada menyiarkan gambar mereka di dalam talian.


Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media Trust of India (PTI), pada Ahad lalu.Beliau juga menyediakan dua talian bagi membantu menasihati orang ramai berkaitan isu-isu Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam wajar menghindari lama-laman sembang sosial.''Wanita tidak perlu menyiarkan gambar (mereka) di Facebook atau di mana-mana laman sembang sosial di Internet. Ini adalah bertentangan dengan Islam.

''Wanita tidak dibenarkan memaparkan wajah mereka kepada orang lain, selain daripada kaum kerabat lelaki mereka seperti bapa dan saudara-mara. Menyiarkan gambar-gambar di Facebook adalah 'haram','' tambah Saif Abbas Naqvi, yang turut mengendalikan perkhidmatan khidmat nasihat itu.

''Kami berfahaman liberal, kami tidak berfikiran seperti Taliban, apabila anak-anak muda bertanya kepada kami, sama ada mereka boleh mempunyai profil Facebook atau Twitter, kami membenarkannya, tetapi Syariah (undang-undang Islam) tidak membenarkan wanita Islam untuk menyiarkan gambar-gambar (mereka),'' ujar Saif Abbas.

Bagaimanapun, Abul Irfan Naimul mengakui akaun media sosial yang dibuka atas alasan perniagaan adalah dibenarkan.

''Jika seseorang itu menggunakan Facebook untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan yang membina, maka akaun (tindakan) ini adalah munasabah,'' katanya.- AGENSI





0 Puteri amani :

Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit