Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda; dan saya berjanji tidak akan berkongsi, menukar, menjual atau mendedahkan alamat email anda dalam apa jua cara sekalipun.

Enter your email address:

Delivered

Perniagaan apa yang boleh jadikan kita jutawan?

Wednesday, December 30, 2009 · 2 Puteri amani

Ni memang soalan favourite ramai yang tanya saya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?

Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…

  1. Perniagaan hartanah
  2. Perniagaan construction
  3. Perniagaan telekomunikasi
  4. Perniagaan restoran…
  5. …dan sebagainya!

Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….

Semua perniagaan boleh jadi jutawan!

Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?

  1. Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
  2. Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
  3. Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from! :)

Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?

Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!

Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… indistri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan.Ianya bergantung kepada usahawan – ANDA – sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.

Sumber: Irfan Khairi



Facebook punca cerai

· 0 Puteri amani

SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.


Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.



Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.


“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.


“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. - Agensi




CyberSecurity Malaysia awasi laman web perbankan internet palsu

Saturday, December 26, 2009 · 0 Puteri amani

Perbuatan mencuri maklumat menerusi internet semakin meningkat, demikian menurut nasihat oleh Pusat Bantuan Cyber999 CyberSecurity Malaysia.

Pusat Bantuan Cyber999 menerima banyak laporan daripada pengguna internet mengenai laman-laman web yang hosnya dari luar negara. Ia seperti beberapa laman web e-perbankan bank-bank terkemuka di negara ini.

Laman-laman web penipuan ini atau laman-laman web palsu digunakan untuk “serangan mencuri” yang memanipulasi kelemahan keselamatan manusia. Ia dilakukan dengan menceroboh entiti sebenar, sebagai contoh, meniru laman web perbankan biasa.

“Serangan mencuri” ini juga menggunakan taktik kejuruteraan sosial seperti menghantar e-mel spam, katanya menerusi satu kenyataan di sini kelmarin.

Kandungan e-mel terbabit menggunakan perkataan-perkataan yang menyakinkan untuk menipu orang ramai sepaya membuka hubungan yang akan membuka laman-laman web perbankan palsu.

Memandangkan laman-laman web itu sama seperti laman web sebenar, pelanggan terpedaya dengan memasukkan maklumat sulit, seperti nama pengguna dan kata laluan e-perbankan ke dalam laman web e-perbankan palsu itu.

Menerusi cara itu “serangan mencuri” mudah mencuri nama pengguna dan kata laluan pelanggan bank yang tidak mengesyakinya.

Bank-bank tidak pernah meminta pengguna membuat kemas kini, menukar semula kata laluan, membuka akaun atau apa sahaja berkaitan perbankan menerusi e-mel dan URL.

“Jika anda menerima e-mel sama seperti daripada bank atau institusi perbankan, nasihat kami ialah abaikannya.”

“Jika anda curiga, sila hubungi bank anda untuk tujuan pengesahan atau hubungi Pusat Bantuan Cyber999,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Bin Jazri.

CyberSecurity Malaysia ialah pusat pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. -NST



Raja Petra akan diekstradisi?

Tuesday, December 22, 2009 · 5 Puteri amani


Polis Diraja Malaysia akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin yang dilaporkan kini tinggal di sebuah pangsapuri mewah di London.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya tidak akan lepas pandang mengenai laporan tersebut dan kini sedang menyiasat sama ada benar Raja Petra sedang bersembunyi di negara itu.

Raja Petra tidak hadir di mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lepas menyebabkan dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Bagaimanapun ekoran kegagalan pihak pendakwa mengesan Raja Petra, Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November telah membebaskan tanpa melepaskannya yang sebelum itu sepatutnya menghadiri perbicaraan kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis Malaysia akan turut meminta bantuan polis antarabangsa dan kerajaan Britain bagi memastikan dakwaan itu benar.

“Kita sedang siasat laporan Mingguan Malaysia dan meminta bantuan Interpol serta kerajaan British.

“Jika benar dia (Raja Petra) berada di sana, kita akan minta bantuan kerajaan British mendapatkan perintah ekstradisi kerana dia perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan pengendali laman web itu dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.

Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu. -MI



Blog tidak akan mati-Abu Hassan

· 0 Puteri amani


Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.

Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

“Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno,” kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

“Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan,” katanya.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies’.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini. -Harakahdaily



Maybank tak ada kuasa??

Saturday, December 19, 2009 · 0 Puteri amani

Sudah lebih tiga minggu peristiwa akaun simpanan dan akaun semasa saya di ‘curi’ secara professional. Saya amat berterimakasih kepada insan2 yang sudi membaca, mendoakan saya dan tak lupa terima kasih berserta doa kepada mereka yang sudi membantu. Mudah2an Allah s..w.t memberi kemudahan pula kpd kalian yg saya kenali dan tidak saya kenali..

Penantian saya untuk mendapatkan jawapan bertulis dari maybank berakhirnya pada 10 disember 2009 (Khamis) kira-kira jam 12 tengahari bila seorang posmen membawa surat berlogo maybank. Resah juga rasanya, apakah ada berita gembira. Surat tersebut bertarikh 2 Dec 2009,tetapi sampul bercop pos kuala lumpur bertarikh 8 dec 2009 (Selasa). Huh lamanya masa untuk sampai ke tangan saya.. inikan kecanggihan teknologi??

Berikut adalah petikan dari surat jawapan maybank bertarikh 2nd Dec 2009:

Please allow us to provide our findings below on the above transaction for your information:
*The internet banking username and password were used on 19/11/2009 to successfully make a login to your Maybank account 5xxxxxxxxx98 via Maybank2u.com
*At 12.10pm, 19/11/2009, a Transaction Authorisation Code (TAC) was requested through your maybank2U.com account and a valid TAC was successfully sent to mobile number :019976xxxx
*at 12.12pm, 19/11/2009 , this TAC was used to create a favourite Third Party account.
*Subsequently at 12.35pm, a fund transfer amounting to RM800.00 was made to the Favourite Third Party account 114236267361 from your account 5xxxxxxxxx98 on the same day.

We would like to clarify that a valid Username and Password were used to access your account via maybank2.com.

Base on our investigation into our system, our records showed there were no system failure, problem or breach of security of Maybank2u.com in processing the above activities at the date and time mentioned involving the above account.

In view of this, we very much regret to inform you that the bank is unable to accede to your request to refund of the said amount.

As you have made a police report of the above alleged unauthorized transaction, please be assured that the Bank will co-operate with the police and relevant authorities to assist them in their investigation into this matter.
** tamat petikan**

Saya tidak terkejut dengan jawapan dari pihak Maybank. Saya sudah jangka tentunya pihak Maybank tidak akan membayar ganti rugi berdasarkan bukti dari sistem teknologi perbankkan mereka yang telah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang mereka yakini. Malah saya sebagai pelanggan setia Maybank sejak tahun 1985 sememangnya menaruh kepercayaan penuh terhadap sistem perbankan ini sehingga saya cuai untuk meneliti URL maybank yang sahih ketika mana saya terpedaya pada 19 Disember 2009.

Pihak Maybank hanya menyiasat satu akaun sedangkan saya melaporkan dua transaksi. satu dari akaun semasa dan satu lagi dari akaun simpanan. Mengapa taransaksi akaun simpanan saya tidak disiasat sekali gus?Apakah ini satu ketinggalan atau sengaja dicuaikan untuk mengelak dari terbuktinya pengeluaran melebihi had sehari?

Kini selepas mendapat jawapan bertulis dari Maybnak ,timbul rasa kesal dengan tindakan pegawai maybank ketika saya melaporkan perkara ini kepada mereka pada 20/11/2009 melalui talipon ,melalui email dan kemudiannya saya pergi ke cawangan bank untuk membuat laporan dengan mengisi borang aduan. Tiada borang aduan khas untuk aktiviti ‘phising’ ini, yang ada hanyalah borang aduan biasa berkaitan pertikaian terhadap transaksi yang berlaku pada 19/11/2009.

Semasa melapor perkara ini melalui talian bebas tol 1800886688, pegawai yg menerima laporan (seorang wanita) dengan cepatnya menyatakan bahawa beliau akan menyekat transaksi perbankan internet saya sedangkan saya pada waktu itu sedang melayari maybank2u.com. Beliau tidak mencadangkan saya untuk merakam screenshoot aktiviti pendaftaran favourite account atau membuat simpanan rekod2 transaksi …. Mujurlah saya teringat untuk merakam M2Uhistory bagi transaksi akaun semasa dan semasa.

Alasan beliau untuk mnenyekat perbankan internet saya ialah untuk mengelakkan sebarang pencerobohan selanjutnya. Sedangkan saya telah ubah password,bukankah username dan password adalah kunci utama keselamatan perbankan internet maybank? Beliau juga menyarankan saya membuat laporan bertulis di cawangan.Pegawai cawangan pula menyuruh saya membuat kad ATM baru, membatalkan perbankan internet dan buka akaun perbankan internet yg baru. Semuanya saya turuti tanpa curiga.

Bila akaun perbankan baru dicipta, rupanya transaksi M2Uhistory sebelumnya semua terhapus (deleted). Maka jika saya mahu bawa perkara ini ke mahkamah, saya sudah tidak ada bukti. Apakah ini konspirasi Maybank? Selepas itu banyak masa saya gunakan untuk menguji sistem keselamatan Maybank .Penemuan2 berikut menunjukkan kelompangan pada sistem keselamatan perbankan Maybank:-

1-Satu TAC boleh digunakan lebih dari sekali selagi pengguna tidak log-out. Ini bermakna pengguna boleh melakukan banyak transaksi berisiko tanpa perlu mengulang permohonan TAC.Ini membuka peluang pencuri membuat banyak aktiviti tanpa dikesan oleh pengguna yg sah.

2-Nombor TAC maybank terdiri dari 6 digit numerical. Ini memudahkan numbor tersebut ditiru jika formula untuk mendapatkan nombor tersebut diketahui.Tentunya pencuri maya ini sudah arif dengan kelemahan ini.

3-Pindahan wang ke akaun yang telah didaftar dibawah kategori akaun favourite tidak memerlukan TAC,TAC hanya diperlukan untuk mendaftarkan akaun tersebut bagi perdaftaran pertama kali….Sepatutnya akaun favourite cuma diguna untuk memudahkan pelanggan agar tak pelu mengintati nombor akaun ttp setiap transacsi sepatutnya perlu TAC yg baru.
.
4-Untuk mengakses dan membuat transaksi di mayban2u.com hanya username dan password diperlukan. Sedangkan dibank lain seperti citibank, ada sistem keselamatan lapis kedua iaitu pengguna perlu menjawap soalan favorite yang hanya dikelatuhui oleh pengguna tersebut sahaja.

5-Jumlah yang telah dikeluarkan pada hari tersebut melebih dari had minima yang dibenarkan secara default oleh sistem perbankan Maybank iaitu RM3000. Bagaimana ini boleh berlaku? Saya tahu kenapa pencuri itu mendaftarkan akaun Lina hazlina sebagai 3rd party favourite akaun. Ini kerana sistem perbankan maybank membenarkan pindahan tanpa had kepada akaun favourite.

Apa yang saya kesali ialah pihak maybank mengatakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyekat akaun Lina Hazlina dan mereka tidak mahu memberitahu nama penuh Lina Hazlina bila saya bertanya semasa membuat aduan bertulis di pejabat cawangan Kuantan.Maklumat pelanggan adalah sulit kata mereka…. Sedangkan duit telah dipindah ke akaun beliau. Jika benar transaksi tersebut telah berlaku secara sah seperti yg didakwa oleh mereka dalam surat jawapan tersebut, kenapa saya tak boleh tahu nama orang yg saya berikan duit?

Ya walaupun Maybank tidak ada kuasa, Allah maha berkuasa. Ada juga hambaAllah yg tidak saya kenali telah membantu saya mendapatkan maklumat Lina Hazlina binti Agus Romani ini,Alhamdulillah. Semuga Maybank terus majujaya dengan sistem yang mereka cipta. Apakah saya masih boleh berharap kepada siasatan pihak Cyber security, virtual banking,Consumer banking Maybank?

Mudah2an ada pihak yang akan bersama saya membanteras kegiatan ‘cyber trick, vitual buglary, cheating consumer’ ini selain berharap kepada siasatan polis dan pihak berkuasa yang kan saya kemukakan kemudian..Idea daripada pembaca2 semua dialu2kan.

Silalah catatkan komentar tuan/puan di blog saya : Memacu minda ummah
Harap sebarkan. -Tranungkite

P/S : Sememangnya penggguna akan menghadapi kesulitan jika menghadapi masalah dengan apa jua syarikat besar yang ada.Sekiranya pengguna bermasalah,sampai ke lubang cacing akan di cari dan bersedialah dengan interest yg akan dikenakan tp bila syarikat yg mendatangkan masalah ...jawapan dia memang menyakitkan hati pengguna.Ye ke?



Laman Twitter digodam penggodam Iran

· 0 Puteri amani


LONDON - Penggodam Iran menggodam laman web Twitter menyebabkan operasinya terjejas selama dua jam pada pagi semalam, lapor sebuah akhbar semalam.

Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan sekali gus mengakibatkan kira-kira 30 juta pengguna tidak dapat menghantar mesej.Laman utama Twitter itu digantikan dengan skrin berwarna hitam dan merah yang memaparkan satu bendera berwarna hijau.

Muka surat di laman itu mengandungi mesej yang menyatakan laman tersebut sudah digodam oleh Tentera Siber Iran."Tentera Amerika Syarikat (AS) berpendapat ia mengawal dan menguruskan akses Internet tetapi sebenarnya AS tidak mengawalnya.

"Kami mengawal dan menguruskan Internet dengan kuasa yang ada pada kami. Justeru jangan cuba untuk menghasut penduduk Iran," kata mesej tersebut.Kakitangan-kakitangan laman Twitter memberitahu pengguna: "Kami sedang melakukan pemulihan dan akan memberitahu maklumat terkini semasa kami mencari punca yang menyebabkan ia (operasi terjejas) berlaku."

Laman web seperti Twitter dan Facebook menjadi tumpuan utama golongan muda.Golongan muda yang tinggal di bandar-bandar Iran menentang pemerintahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad.Mahmoud menewaskan pencabar terdekatnya, Mir Hossein Mousavi dalam pilihan raya presiden tahun ini.

Ramai rakyat Iran menggunakan Twitter bagi mengatur tunjuk perasaan.Menurut badan pemantau Internet, OpenNet Initiative, penduduk Iran mula menggunakan Internet semasa pemerintahan Presiden Mohammad Khatami pada 1997 hingga 2005.

- Agensi

p/s : kredit to my Adha.

Sertai prorgam Powerbar club secara percuma



Google tawar laman web percuma

· 0 Puteri amani

Gergasi enjin carian dunia, Google Inc. menawarkan pakej rangsangan perniagaan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam meluaskan tawaran produk serta perkhidmatan dalam pasaran yang lebih luas.

Menurut Ketua Dalam Talian Asia Tenggara Google, Charif El-Ansari, pakej yang ditawarkan pada harga RM200 itu melibatkan pembinaan laman web syarikat oleh Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) melalui kempen pemasaran dalam talian.

“Pakej ini bertujuan membantu PKS untuk terus mengembangkan perniagaan secara kos efektif.

“Ia juga diharap dapat menghubungkan para peniaga tempatan dengan kira-kira 15 juta pengguna Internet di Malaysia dan lebih satu bilion pengguna Internet di pelbagai bahagian di dunia,” katanya pada sidang media pelancaran pakej tersebut di sini semalam.

Tawaran yang berakhir sehingga 31 Januari 2010 itu merupakan kerjasama Google dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), MMU serta UTAR. -Kosmo


p/s : Sudahkah anda menjana duit dengan menyertai program jual atau beli textlink..Jika belum daftar percuma sekarang dan mulakan langkah pertama anda.




Percaya Diri Sendiri

Thursday, December 17, 2009 · 1 Puteri amani

Kenapa sejak dua tiga menjak nie aku dah rasa malas nak update blog,malah nak on9 pun dah tak de mood.Apa kerana aku kecewa dengan sikap orang yang tidak bertanggung jawab atau aku kecewa dengan kawan kawan yang tak mempunyai perasaan di mana hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup menganiaya kawannya.

Ahhh peduli dengan dia orang,selama nie pun kalau aku susah memang tak de pun yang kisah..malah kalau dia orang ada pun lagi menyusahkan aku.hahaha....beginilah kehidupan yang penuh dengan pelbagai persoalan dan kepincangan.Tak adanya yang sempurna dan yang pastinya setiap hari hanya melewati apa jua cerita baru untuk memenuhkan masa yang ada.

Tapi bukan pu3 nak mengeluh atau nak bercerita pasal kerenah kawan sebenarnya,cuma hari nie tergerak nak berkongsi 'Percaya Diri Sendiri'.Pastinya ramai diluar sana yang mempunyai berbagai jenis cerita dan pengalaman dengan kepercayaan diri sendiri.Pernahkah anda memikirkan dengan lebih terperinci dan mendalam tentang kepercayaan itu?..Kadangkala manusia akan hilang kepercayaan diri sendiri apabila terlalu banyak pengalaman dan halangan yang tidak boleh di terima akal mahu pun perasaan.Tapi jika kita tidak percayakan diri sendiri..bagaimana pula kita ingin mempercayai diri orang lain.Keadaan ini akan bertambah menjadi lebih sukar lagi.

Bagi diri pu3 ..pu3 dah mengariskan dan meletakkan 1 + 6 kepercayaan yang sememangnya perlu pu3 laksanakan dan wajib bg pu3.Kau orang pun sama kan..kalau tak sama tak tahulah pu3 nak komen apa.jadi sama2lah kita fikir2kan dan renung2kan.Jom layan video nie...



p/s : Bagi mereka yang tidak mempercayai diri sendiri atau kurang keyakinan pada diri sendiri,dapatkan lah semula kepercayaan itu semula sebelum terlambat.



Kod Etika Bagi penulis Blog

Saturday, December 12, 2009 · 3 Puteri amani


Boleh di katakan ramai pengguna internet telah mempunyai blog. Tak kira la..blog menumpang..atau blog sendiri. Paling koman pun..ada blog di akaun facebook masing-masing ..( maklum la..Facebook semakin popular buat masa sekarang ). Dalam paling singkat dan mudah, jika tiada blog sendiri pun..”PERNAH” menulis ’sesuatu’ sebagai hasil tangan di blog orang lain.

Tapi..berapa ramaikah yang betul-betul tahu apa yang harus mereka tulis? Bagaimanakah cara sebenar untuk menulis? Blog untuk tulis apa yang anda rasa dalam diri ? atau sebagai platform untuk senjata pena bagi mengutarakan pendapat? Tiada lagi “Panduan Menulis Di Blog”. Mungkin disebab itulah..The Blogger’s Code di hasilkan.

Disiarkan dalam laman berita internet, garis panduan untuk penulis blog ini didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Berikut adalah beberapa petikan.

Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat

• Jangan sekali-sekali menciplak

• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan

• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut

• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta

• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera

• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi

• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog

• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi

• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

standard seperti ini amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati dan produktif, dan akan berusaha untuk patuh kepada standard tersebut sedapat mungkin. Apakah pendapat anda tentang kod ini? Adakah mana-mana amalan terbaik yang dapat anda fikirkan yang masih belum dimasukkan?

p/s : Satu garis panduan ini didasarkan pada berasaskan Society of Professional Journalists.



Masalah...masalah...masalah...

Friday, December 11, 2009 · 0 Puteri amani


Anda mungkin memikirkan hidup anda penuh dengan masalah.Andaian mungkin benar.Tetapi jangan terperanjat,sebenarnya mempunyai masalah bukanlah sesuatu masalah.Jangan gusar!!! Tidak ada yang tidak kena dengan diri anda,dan sememangnya tidak ada salahnya mempunyai masalah.Masalah hanya sekadar perbezaan antara di mana anda berada dan di mana pula anda ingin berada.Itu saja!

Biasanya masalah timbul bila anda tidak dapat apa yang anda mahu atau mungkin berada di tempat yang tidak sepatutnya anda berada.Ketika itu anda akan berasa tidak selesa.Itu juga masalah bukan?.Tetapi apa salahnya kita cuba menyesuaikan diri dengannya...Selesai satu masalah.Bagaimanapun masalah yang lain pula sedang menanti.Apa yang pasti masalah tidak akan berakhir bagi insan yang masih hidup.Itulah perjalanan yang harus di tempuhi samada kita suka atau pun tidak.

Ia akan mengisi ruang antara titik permulaan dengan destinasi atau matlamat terakhir anda.Jangan Terkejut!! Anda akan rasa terus bermasalah kerana sekali anda selesaikannya,satu lagi masalah akan mengisi ruang yang kosong itu.Tetapi ini bukannya mengenai baik atau buruk sesuatu masalah itu.Ianya berlaku begitu sahaja.

Cuba tanya diri anda sendiri siapa yang tidak mempunyai masalah? jawapannya mudah,Tidak ada!! Sama ada anda pemimpin atau rakyat,perempuan atau lelaki,tua atau muda,miskin atau kaya,semuanya mempunyai masalah.Cuma masalahnya berbeza.Pemimpin memikirkan untuk memajukan negara.Rakyat pula dengan kehidupan seharian.Si miskin dengan masalah kewangan sementara yang kaya tidak lena tidur kerana memikirkan hartanya.Semua ini di anggap masalah bukan?

Tetapi bagaimana pula jika tiada masalah? Sebenarnya cuma orang yang sudah mati yang tidak mempunyai masalah di dunia nie.Kita yang masih hidup perlu terus bersabar dan perlu terus bersyukur kerana mempunyai masalah.Kerana kita akan mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang ada dan kita akan berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna.Memang kadangkala dunia kelihatan gila kerana di penuhi dengan bermacam macam masalah.Tetapi tanpa masalah,Kehidupan tentulah tidak menyeronokan!!!!

p/s : Gunakan lah akal yang bijaksana untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada,jangan jadikan otak sebagai perhiasan di dalam kepala.




Blog Puteri Amani

Penafian: Blog puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan atau kerugian oleh penggunaan maklumat dari blog ini. Sebarang komen di blog ini adalah dibawah tanggungjawab pemberi komen. puteri-amani.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab jika timbul sebarang masalah dari komen yang diberikan. Segala artikel, gambar dan video dalam blog ini bukan hak milik sepenuhnya puteri-amani.blogspot.com, ia diambil dari pelbagai sumber seperti yang dikreditkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

.

Followers

SponSor By Nuffnang

Iklan

.

Traffic Visit